Gaya Tuan Robert

Penggayaan yang baik adalah gabungan dua warna berbeza dan tidak melebihi tiga. Jika tuan-tuan sukakan warna gelap, padankan dengan satu item yang berwarna cerah. Ini akan memberikan keseimbangan dalam berpakaian. Gaya RDJ ini sangat seimbang dan menyerlahkan personaliti beliau.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tagged with:
Posted in imej profesional

Bintang Al-Nilam di Langit Mentakab

bintang-al-nilam-di-langit-mentakab

Sudah lama saya mengikuti tulisan Tuan Khairul Hakimin Muhammad di FB. Beliau memang terkenal sebagai storyteller yang excellent. Saya jadi peminat senyap. Ini novel pertama beliau. Teruja saya untuk membaca. Hasilnya? Hmmm…

Saya menarik nafas panjang sebelum menulis perkongsian ini. Sungguh novel ini indah. Lama saya tidak dibawa masuk ke dunia watak-watak dalam sesuatu naskhah. Kali ini saya terserap.

Nasib baik baca sorang-sorang. Kejap gelak, kejap menangis. Kalau orang tengok memang sah cakap saya gila! Biasanya saya jatuh cinta pada watak. Kali ini saya jatuh cinta pada cerita. Latarnya, karakternya dan gaya penceritaannya.

Puas ketawa dan menangis. Sesekali terpana dengan keindahan bait-bait puisi yang dilontarkan. Baca puisi tu pun boleh nangis, ya ampun.

Saya percaya watak Leman itu adalah penulis. Mana mungkin watak itu dihayati sebegitu dalam. Leman teruja, saya juga ikut teruja. Leman menangis, saya ikut menangis. Ini bukan sekadar bergenang air mata, ini betul-betul nangis dengan tisu di tangan kanan.

Bacalah, belilah dan simpan. Jarang ada penulis yang boleh memberikan kesan kepada pembaca. Saya masih withdrawal syndrome. Aduhaiii..

 

 

Tagged with:
Posted in personal, Uncategorized

Fit is King!

13769416_10154382359768910_3000233391808885822_n

Jangan pakai pakaian yang longgar. Ye, pakaian yang kita pakai perlu mengukit saiz badan kita. Orang yang berbadan besar sering memakai pakaian yang besar dari saiz badan yang sepatutnya. Ini akan membuatkan pemakai kelihatan tidak kemas.

Pakaian haruslah sesuai dengan badan. Tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar. Ini yang dikatakan sebagai fit. Fit mengikut istilah ramai orang adalah ketat. Sebenarnya tidak. Memakai baju yang fit bermaksud memakai baju yang sesuai dengan saiz badan.

Ambil ukuran dada, pinggang dan pinggul. Apabila membeli pakaian gunakan ukuran ini. Orang yang berbadan besar seperti saya selalunya hampir tidak dapat mencari pakaian dengan saiz standard M, L atau XL. Dengan mengetahui ukuran badan yang betul, pakaian yang dibeli insyaAllah akan fit!

Boleh kan? πŸ™‚

Tagged with: , , , ,
Posted in imej profesional

Ilmu Baru. Dunia Baru

logo-cmicRasmi! Saya kini boleh membawa gelaran Perunding Imej Lelaki Bertauliah. Yay! 16 tahun di dalam industri latihan saya mencari bahan baru untuk dikongsi. Dan saya menemuinya di Akademi Perunding Imej Profesional. Siapa sangka ilmu imej ini teknikal sifatnya dan dalam ilmunya. Banyak benda yang boleh diterokai. Bukan hanya warna, malah fabrik, corak dan gaya pemakaian. Itu belum lagi dicampur dengan personaliti seseorang. Oh menariknya!

Doakan saya tau! πŸ™‚

p/s : Sudah lama rasmi, baru kini dapat update. Hewww :p

Tagged with: , , , ,
Posted in imej profesional

Baby Hatch!

Yay! Finally! Sungguh menepati masa. Dalam keadaan ramai orang (atau setan!) yang kerjanya cuma pandai pancut dan tak pandai simpan, usaha OrphanCARE ini memang la sesuatu yang amat baik. Sudah lama sebenarnya pusat seperti ini patut diwujudkan. Negara seperti Germany dan Jepun sudah pun memulakan langkah dalam usaha membela nasib bayi yang tidak bersalah ini.

Dengan tema “Setiap kanak-kanak perlukanKeluarga” OrphanCARE mensasarkan untuk memnyediakan keluarga bagi kanak-kanak atau bayi yang tidak diingini.

Teringat diskusi bersama kawan-kawan di mana kami punya idea untuk meletakkan bakul di setiap hospital bagi memudahkan mereka meletakkan bayi yang mereka tidak inginkan. Bayi-bayi ini kemudian akan kami uruskan melalui rumah-rumah perlindungan yang ada dan sesiapa yang ingin mengambil mereka sebagai anak angkat boleh berjumpa kami untuk diuruskan semua prosedurnya. Nampaknya sudah ada pihak yang punya kemampuan menguruskannya. πŸ˜‰

Dilancarkan pada April 2009 oleh Sultanah Pahang Sulatanah Hajah Kalsom

Ingin jadi sukarelawan? Klik sini. OrphanCARE beroperasi di sini.

Tagged with: ,
Posted in personal

Asia Conference 2010

Minggu lepas di Singapore Expo berlangsungnya CGI-Asia Conference 2010. Ini merupakan persidangan terbesar penganut Kristian di Asia. 23,000 peserta dari 2086 gereja menyertai persidangan selama 6 hari ini. Singapore Expo penuh dengan lautan manusia yang beratur sejak 6 pagi untuk memasuki dewan. Saya terpegun dengan ramainya peserta yang menyertai persidangan setiap 2 tahun sekali ini. Dan mengikut maklumat yang saya terima 23,000 orang ini masih kecil berbanding beberapa gereja di serata dunia yang mempunyai 400,000 ahli dan mampu mengumpulkan lebih sejuta penganut dalam upacara khas yang diadakan.

Nicole dari Indonesia yang memenangi talentime. Comel!

Persidangan bukan hanya diisi dengan acara keagamaan dan ketuhanan tetapi banyak lagi seperti pertandingan sorak antara sekolah-sekolah (sekolah dari Malaysia memenangi pertandingan ini. Yay!), talentime, konsert, pertandingan ratu cantik, manhunt, youth night dan banyak lagi.

Sesuatu yang membuka fikiran saya ialah kemampuan gereja-gereja di bawah Church Growth International ini bergabung dan menganjurkan persidangan sebegini. Membuatkan saya terfikir, apakah mungkin Islam punya kekuatan sebegini dalam mengumpulkan penganutnya untuk sesuatu yang bermanfaat? Apakah ada kekuatan masjid-masjid kita untuk bersama dalam menganjurkan sesuatu yang bermanfaat bukan sahaja kepada komuniti setempat, tetapi juga warga Malaysia seluruhnya. Saya diberitahu Imam Besar Pakistan (dari masjid atau pertubuhan mana saya kurang pasti) juga menyertai persidangan ini sebagai tetamu jemputan. Tentunya saya tidak tahu apa yang berlaku di belakang tabir, tapi apa yang saya lihat dan dengar ini merupakan usaha baik dalam menyatukan denominasi kristian yang pelbagai. Elok kan, kalau mazhab boleh disatukan dengan cara begini? πŸ˜‰

Look at the crowd. Man!

Kadangkala saya fikir kita terlalu ego dengan apa yang kita ada. Kita rasa kita sudah banyak bertolak ansur sedang orang lain dengan senangnya memijak kepala (dan ego) kita. Benarkah kita sudah melakukan segalanya untuk mencapai apa yang kita mahu? Apa kata kita mulakan dengan bersetuju untuk tidak bersetuju? Mungkin ini dapat meleraikan sedikit kekusutan yang kita ada. So, boleh anda bersetuju untuk tidak bersetuju dengan saya? πŸ™‚

Terima kasih Leonard atas maklumat dan gambar.

Tagged with: ,
Posted in events

I still think Crystal Bowersox is the American Idol!

Mana mungkin saya tidak jatuh cinta? Mana mungkin saya tidak terpana? Suaranya. Personalitinya. Memikat dan memukau. Dan saya masih rasa dia sepatutnya menjadi Idola Rakyat Amerika! πŸ˜‰

Dengarkan duet ini. Awesome!

Tagged with: ,
Posted in personal

Lagenda Budak Setan

Saya tidak ingat sama ada saya sudah membaca buku ini atau tidak. Ada banyak novel melayu yang saya sangat minat sewaktu zaman sekolah menengah. Setengahnya masih saya simpan. Yang lain terbang bersama puing-puing masa. Chewah!

Kritik nampaknya tidak begitu positif. Boleh baca di sini, sini dan sini. Mungkin cerita ini terlalu besar untuk dibawa ke layar lebar. Mungkin terlalu kecil juga.

Saya suka trailernya. Dan Bila Cinta pasti akan meletup tidak lama lagi. Ya, saya akan ke pawagam. Dan pastinya menulis sesuatu mengenai filem ini. 3hb saya di PD. Minggu selepasnya tu lah.. Erm…nak pergi dengan siapa ya? ^_^

Tagged with:
Posted in personal

Money will come later.

Apa betulkah? Kadangkala keyakinan mampu digoyah oleh hanya satu pandangan. Saya memang seorang yang praktikal. Tanpa bukti di tangan, tak mungkin saya akan percaya. Walaupun NLP mengajar “to believe and you will see” sukar sebenarnya meyakinkan diri sendiri setelah 34 tahun memegang apa yang saya percaya.

Deangan apa yang ada dengan saya hari ini ; Empower Plus SB, SNS (yang bakal jadi syarikat sendirian berhad tidak lama lagi), joobaholic dan youth works asia, ada terlalu banyak benda yang perlu saya fikirkan dan lihat. Namun fokus perlu ada. DenganΒ  pengalaman dan sokongan dari partners saya rasa itu tidak ada masalah.

Yang menjadi dilema sekarang ialah apa yang boleh saya lepaskan? Saya sudah membina apa yang saya ada selama 34 tahun. Apakah mungkin saya melepaskan sesuatu yang kecil secara relatif untuk menggapai sesuatu yang lebih besar? Perlukah? Tidak ada kah jalan lain yang boleh memberikan saya kedua-duanya? Orang cakap, nobody wins it all. Well, saya nak cuba untuk mendapatkan segalanya. Susah? Ya! Mustahil? Tidak juga.

Bila dalam keadaan macam ini lah yang saya perlukan inspirasi. Mana mau cari daaaa….

Posted in personal

Bolarotan..anyone?

Kagum juga melihat aksi terbang pemain-pemain sepaktakraw domestik ini. Bukan selalu dapat peluang menyaksikan bakat-bakat terpendam beraksi. Apa lagi dengan disertakan gambar-gambar hasil Canon 1000D itew (betulkan Sen?). Membacanya sahaja sudah menghasilkan adrenalin, apa lagi beraksi di gelanggang.

Saya suka membaca tulisan umpama seorang photojournalist itu. Nama-namanya terlalu domestik dan membuatkan pembaca seakan dekat dan berada di tepi gelanggang. (ye lah mana nak dengar nama Koyo, Brader Shukor, Awe, Abg Din Driver dll lagi :p). Semua ini membuatkan saya ternanti-nanti juga updatenya. Tidak ada lagi rasanya blog mengenai sepaktakraw di Malaysia ini (sila betulkan kalau saya silap).

Kerana itulah saya sendiri terfikir..mana halanya blog ini? Perlukah saya fokus hanya kepada satu perkara? Atau saya terus menulis apa yang saya nampak dan rasa sehari-harian. Kadangkala sesuatu yang kita rasa, baca akan membuatkan pesepsi dan perspektif kita teralih sementara. Apa tujuannya kita melakukan sesuatu? Apakah perlu ada motif untuk melakukan sesuatu? Perlukah ada hasilnya? Atau buat sshaja untuk kepuasan sementara? Hmmm…
Banyak sangat soalannya ni. Sementara itu, klik di sini dan selamat membaca. Mana lah tau berminat pulak memperjuangkan sukan serba “melayang” ini. πŸ˜‰ Dan oh! Mohsen juga menulis di http://mohsenamdan.blogspot.com.

Tagged with: , ,
Posted in personal
Blog Stats
  • 12,872 hits
I Heart MAC!
red ribbon
I Partner With
MWS
Find me here
I choose