Bolarotan..anyone?
Kagum juga melihat aksi terbang pemain-pemain sepaktakraw domestik ini. Bukan selalu dapat peluang menyaksikan bakat-bakat terpendam beraksi. Apa lagi dengan disertakan gambar-gambar hasil Canon 1000D itew (betulkan Sen?). Membacanya sahaja sudah menghasilkan adrenalin, apa lagi beraksi di gelanggang.
Saya suka membaca tulisan umpama seorang photojournalist itu. Nama-namanya terlalu domestik dan membuatkan pembaca seakan dekat dan berada di tepi gelanggang. (ye lah mana nak dengar nama Koyo, Brader Shukor, Awe, Abg Din Driver dll lagi :p). Semua ini membuatkan saya ternanti-nanti juga updatenya. Tidak ada lagi rasanya blog mengenai sepaktakraw di Malaysia ini (sila betulkan kalau saya silap).
Kerana itulah saya sendiri terfikir..mana halanya blog ini? Perlukah saya fokus hanya kepada satu perkara? Atau saya terus menulis apa yang saya nampak dan rasa sehari-harian. Kadangkala sesuatu yang kita rasa, baca akan membuatkan pesepsi dan perspektif kita teralih sementara. Apa tujuannya kita melakukan sesuatu? Apakah perlu ada motif untuk melakukan sesuatu? Perlukah ada hasilnya? Atau buat sshaja untuk kepuasan sementara? Hmmm…
Banyak sangat soalannya ni. Sementara itu, klik di sini dan selamat membaca. Mana lah tau berminat pulak memperjuangkan sukan serba “melayang” ini.
Dan oh! Mohsen juga menulis di http://mohsenamdan.blogspot.com.




Salam Zam..
Terimakasih atas pandangan ke atas bolarotan.
Ada beberapa blog lain mengenai sepaktakraw di Malaysia ni. Rujuk ruangan senarai blog di blog bolarotan.
Dari segi halatuju, bolarotan mensasarkan perkongsian kisah dan pengalaman kerana taglinenya untuk mereka yang cintakan sukan penuh seni dan adab.
Gambar membantu menarik traffic kerana sipemain yang gambarnya dirakam akan teruja mencari gamabr mereka beraksi dan pastinya mereka akan hebahkan kepada yang lain.
Bolarotan juga meletakkan awareness dan peningkatan populariti sukan menerusi media baru.
Berjaya atau tidak kita tunggu sama – sama.
Walaupun Nuffnang baru mencatat RM2, tetapi keinginan dan minat mendorong saya ke arah itu..I believe the money will come later on
Cheers…
Sangat setuju yang money will come later. Itu pun prinsip business sekarang. Usaha, tawakkal dan kenalkan diri sebaiknya melalui produk dan service kita. InsyaAllah, money will come later!