Money will come later.
Apa betulkah? Kadangkala keyakinan mampu digoyah oleh hanya satu pandangan. Saya memang seorang yang praktikal. Tanpa bukti di tangan, tak mungkin saya akan percaya. Walaupun NLP mengajar “to believe and you will see” sukar sebenarnya meyakinkan diri sendiri setelah 34 tahun memegang apa yang saya percaya.
Deangan apa yang ada dengan saya hari ini ; Empower Plus SB, SNS (yang bakal jadi syarikat sendirian berhad tidak lama lagi), joobaholic dan youth works asia, ada terlalu banyak benda yang perlu saya fikirkan dan lihat. Namun fokus perlu ada. DenganĀ pengalaman dan sokongan dari partners saya rasa itu tidak ada masalah.
Yang menjadi dilema sekarang ialah apa yang boleh saya lepaskan? Saya sudah membina apa yang saya ada selama 34 tahun. Apakah mungkin saya melepaskan sesuatu yang kecil secara relatif untuk menggapai sesuatu yang lebih besar? Perlukah? Tidak ada kah jalan lain yang boleh memberikan saya kedua-duanya? Orang cakap, nobody wins it all. Well, saya nak cuba untuk mendapatkan segalanya. Susah? Ya! Mustahil? Tidak juga.
Bila dalam keadaan macam ini lah yang saya perlukan inspirasi. Mana mau cari daaaa….



